Friday 13 August 2010

Kempen Membersihkan Kubur di-Kawasan Los Tanjong Belait

Kuala Belait, Rabu (11/08/2010) - Kaki Tangan,guru-guru serta penuntut-penuntut asrama putra Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) telah mengadakan kerja bergotong-royong bagi membersihkan tanah perkuburan lama yang tidak digunakan di Los Tanjung kuala belait.

Kerja-kerja kebajikan ini diketua oleh Timbalan Pengetua,Cikgu Norjemee Bin Jamik disertai lebih 25 orang penuntut asrama putera MKJB (Yang bukan beragama Islam juga ikut serta dalam acara kebajikan ini). Aktiviti diikuti dengan bertahlil khusus bagi Muslimin dan Muslimat yang telah kembali ke rahmatullah.

Kegiatan itu telah disusun dalam bulan Sya'baan oleh pihak pentakbiran MKJB bagi menyemarakkan lagi kedatangan bulan Ramadan.














No comments:

Post a Comment