Kerja-kerja kebajikan ini diketua oleh Timbalan Pengetua,Cikgu Norjemee Bin Jamik disertai lebih 25 orang penuntut asrama putera MKJB (Yang bukan beragama Islam juga ikut serta dalam acara kebajikan ini). Aktiviti diikuti dengan bertahlil khusus bagi Muslimin dan Muslimat yang telah kembali ke rahmatullah.
Kegiatan itu telah disusun dalam bulan Sya'baan oleh pihak pentakbiran MKJB bagi menyemarakkan lagi kedatangan bulan Ramadan.













